Saturday, February 21, 2009

nukilan lama..br nk post

Bertarikh 23 Ogos 2008


Apa yang perlu di nukilkan? Membuat penilaian terhadap apa yang berlaku di sekeliling sekarang ini adalah sesuatu yang susah. Kita bercakap mengenai obsesi. Isu semasa adalah suasana pilihan raya di Permatang Pauh. Bukan berpaksikan politik tapi cukup sekadar sekelumit rasa hati melihat suasana sekarang, obsesi adalah sesuatu dlam usaha untuk mencapai matlamat. Adakah matlamat menghalalkan cara? Tidak sama sekali!!!
Teringat kembali ketika mendengar khutbah Jumaat ketika khatib berbicara mengenai isu-isu mengenai Islam. Bukan mahu mengkritik mana-mana pihak tapi sedar akan tanggungjawab sebagai penganut Islam itu sendiri maka lahirlah sesuatu di dalam pemikiran ini. Ketika isu-isu Islam hangat dibahaskan yang mana penganut bukan Islam mula naik sedikit demi sedikit mengkritik Islam yang mulia ini. Lantanglah mereka semua ini menghentam Islam. Melihatkan organisasi mereka yang tersusun yang terdiri dari cerdik pandai golongan bukan Islam ini menampakkan mereka begitu teleti menyususn rencana-rencana mereka. Walaupun telah di tegah, kedegilan tetap terserlah. Rencana tetap di jalankan sehinggakan memaksa campur tangan gerakan Islam bagi menghentikan perkara tersebut. Syabas kerana berjaya mendesak program yang dianjurkan dibatalkan penganjur. Akan tetapi secara sinisnya, barisan kepimpinan gerakan ini dengan sombongnya mengatakan program mereka berjaya.
Kedegilan yang terserlah menampakkan keyakinan mereka. Dimanakah perpaduan di kalangan umat Islam itu sendiri? Musuh-musuh telah menunjukkan peningkatan yang ketara sedagkan umat Islam sedang lena di buai mimpi-mimpi indah. Yang difikirkan adalah keuntungan sendiri. Mencari sesuatu untuk masuk poket sendiri. Alangkah malunya melihat situasi seperti ini. Musuh menyusun strategi akan tetapi umat Islam dibuai untuk terus lena dalam mimpi sampaikan tidak tersedar bahaya di depan mata. Ini bukan bersifat provokasi tetapi satu protes melihatkan kedaifan umat sendiri. Kesedaran adalah perlu dalam melahirkan umat berkualiti. Tetapi kesedaran itu perlu dipupuk.
Sedih melihatkan situasi sekarang. Umat berpecah belah bukan sedikit tetapi banyak sehinggakan berjaya mewujudkan banyak ideologi yang dikira amat merugikan umat islam itu sendiri. Sebuah parti politik melaungkan menghapuskan Negara Islam. Apa tindakan kita? Pengaruh mereka makin meluas sedangkan kita? Apakah kita mahu menjadi hamba di bumi sendiri? Kita adalah tuan di tanah bertuah ini. Jangan biarkan anasir-anasir seperti ini membuatkan sejarah berulang. Cukup sekadar apa yang berlaku di Singapura. Tanah bertuah tidak lagi menjdi kepunyaan kita. Siapa kita? Umat melayu Islam. Di dalam Perlembagaan melayu itu Islam. Maka daulatkan Islam seperti yang sepatutnya dan bukan kita yang menjahanamkannya. Umat Islam makin sepi dan terus sepi. Kenangkanlah apa yang berlaku di Palestin. Terjajah di bumi sendiri oleh Yahudi laknatullah. Adakah kita mahu terjadi di negara ini? Contoh sudah ada. Umat Islam di Singapura tiada hak bersuara. Mahukah kita menjdi seperti itu? Jangan fikir kita di bumi dan tanah sendiri, orang lain tidak mampu merampasnya. Kealpaan menjadikan peluang untuk musuh meningkat. Maka wujudlah kejayaan bagu pihak mereka. Mahukah kita kehilangan Pulau Batu Putih berulang? Gara-gara alpa, hilangnya satu lagi hak kepada mereka yang tidak berhak.
Pemimpin bertelagah? Kebanyakan adalah dari golongan umat Islam. Cukup memalukan. Penghinaan demi penghinaan diterima. Satu demi satu kerajaan Islam tumbang. Pemerintahan kuku besi, pembinaan senjata nuclear dan sebagainya di Negara Islam semuanya polimik musuh sedangkan mereka bebas melakukannya tanpa ada sekatan. Korea Utara dan Iran? Dibezakan cuma ideologi, satu komunis dan satu Islam. Islam juga ditekan hebat sedangkan satu lagi dikecam dan diancam perang. Satu lagi double standard dunia terhadap Islam. Umat yang ramai tidak mampu berbuat apa-apa. Pelik bukan? Tidak sama sekali. Nabi pernah berkata umat Islam ibarat buih-buih di pantai yang mana bilangannya cukup banyak akan tetapi rapuh dan akan hilang dengan mudah. Itulah polemik yang berlaku sekarang. Cukup memalukan!!

No comments:

Post a Comment