Monday, March 23, 2009

Dia? Siapa Dia?

Ini sebuah kisah… kisah yang sudah lama kusimpan dan sehingga hari ini ,tak ada seorang pun yang tahu tentangnya. Entahlah, sebenarnya terlalu payah untuk kuluahkan.

Ini kisah hidup dan kehidupan…tentang aku, tentang engkau, jua tentang dia! Hidup ini kadangkala terasa begitu sukar untuk difahami, namun hidup mesti terus! Hingga kelak kita menutup mata, menutup diari kehidupan… maka berakhirlah episod kehidupan di alam fana ini.

Setiap kisah ada mula dan awalnya. Jadi di mana permulaan kisah aku dan dia? Hampir setiap orang yang kutemui bertanyakan tentang dia? Tentang siapa dia?

Tiap yang bermula pasti ada akhirnya… begitulah lumrah hidup dan kehidupan. Namun semakin lama aku merenung kembali kisah ini, aku mendapati bahawa apa yang berlaku ini adalah sebuah pengakhiran, bukanlah permulaan… entahlah!

Hidup ini ada sejuta rasa…cinta! apa erti hidup dan kehidupan tanpa rasa cinta. Kita wujud atas rasa cinta, wujudnya manusia seiring cinta. Ini juga kisah cinta…. tapi ini bukanlah cinta biasa….

Jangan tanyakan lagi tentang dia selepas ini. Aku sudah lama tidak menemuinya. Dan yang aku tahu…. DIA ada di mana-mana!

2 comments:

  1. I don't know what are you trying to say but it sounds good, so i like it. =D

    ReplyDelete
  2. something hidden in it bro~~ it means a lot

    ReplyDelete