Monday, March 23, 2009

MENCINTAI DAN DICINTAI

Kebahagiaan manusia ada bila dia mampu membuka mata hatinya, dan menyedari bahawa dia memiliki bannyak hal yang bererti dan menyedari betapa dia dicintai. Manusia boleh mengecap bahagia, bila dia mahu membuka diri agar orang lain dapat mencintainya dengan tulus…

Kebahagiaan manusia tiadak akan hadir kerana tidak mahu membuka hati, dan berusaha meraih apa yang tidak dapat diraih, terlalu memaksa untuk mendapatkan segala yang diinginkan, tidak mahu menerima dan mensyukuri apa yang dimiliki.

Keegoan manusia yang menyebabkanny menjadi buta, keegooan dan hanya memikirkan diri sendiri yang menyebabkan manusia tidak sedar bahawa dia begitu dicintai, tidak sedar bahawa saat ini, apa yang adaadalah baik untuknya…

Begitu ramai sahabat yang amat mencintai, tapi kerana terlalu memilih, menilai dan menghakimi sendiri… justru sahabat sejati menjadi semakin jauh. Terlalu memilih sahabat membuat manusia tidak dapat menyedari di depan mata ada sahabt sejati yang perlukannya…

Tiap-tiap manusia memilki erti dan peranan masing2, semua berbeza… tidak ada yang memiliki erti yang sama seperti punya peranan dan kelebihan dalam satu hal, tidak harus memilki peranan dan erti dalam hal lain… dicintai oleh satu orang belum tentu disayang oleh orang lain.

Kebahagiaan bersumber dri dalam diri sendiri, jangan berharap dari diri manusia lain, kerana orang lain mampu mengkhianati.

Kebahagiaan ada bila boleh menerima diri apa adanya, mencintai dan menghargai diri sendiri, mahu mencintai dan menerima manusia lain.

Percaya kepada Tuhan… bersyukur bahawa manusia selalu diberikan yang terbaik… sesuai yang dilakukan manusia itu sendiri, tak perlu berkeras hati, Dia akan memberi disaat yang tepat apa yang hamba-Nya perlukan, tidak harus saat ini, masih ada esok hari….

No comments:

Post a Comment